Tuesday 6 January 2015

Tips buang sifat berkira, kedekut dan bakhil dalam diri

Assalamualaikum.

sebenarnya boleh je nak buat tajuk tips nak jadi pemurah. tapi saja je nak kasi sentap sikit. :p

Haritu aku dengar Al-kulliyah tajuk dia Saya nak jadi Abdul Rahman bin Auf. Kalau nak dengar talk ni sendiri boleh dengar kat SINI.

Aku kaitkan kisah Abd Rahman bin Auf ni dengan tips nak buang sifat berkira, kedekut dan bakhil dalam diri ni sebab aku rasa beliau ni contoh yang paling baik untuk jadi seorang yang pemurah. Sebab siapa yang nak ada sifat mazmumah tu dalam diri kan. Dan bila dah ada contoh, mestilah mudah untuk orang lain pun ikut. Even diri aku sendiri pun, aku bila dah ada orang buat,baru aku rasa nak ikut.


So mari kita kenal kenal dengan salah seorang sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga ni. Bukan suka suka kan Allah tu nak jamin seseorang masuk syurga. Beliau ni orang ke-8 yang masuk islam dan diislamkan oleh Saidina Abu Bakar. Beliau berasal dari Bani Zuraj. Bani Zuraj ni ialah kaum yang mahir dalam bab perniagaan. Rahsia sifat pemurah Abdul Rahman ni ialah beliau faham makna sebenar Kaya Dunia Akhirat.


Dari Abu Hurairah, Nabi bersabda, 

“Kekayaan bukanlah banyak harta benda, akan tetapi kekayaan adalah kekayaan hati.”
 (Hadis riwayat Bukhari Muslim)

Itu Nabi sendiri yang cakap. Selama ni aku duk ingat orang kaya tu yang banyak duitttt.sebab aku suka tengok orang kaya. suka tengok diorang beli apa. suka tengok rumah diorang. rupa rupanya kena kaya hati. Bukan aku nak cakap orang kaya harta tak kaya hati. Tapi kira pointnya sekarang kita kenala kejar untuk kaya hati. InsyaAllah.


Ciri-ciri orang kaya hati :


1. Penuh dengan sifat mahmudah

2. Pemurah
3. Pemaaf
4. Mudahkan jalan orang lain

Sentap sungguh aku bila ustaz dalam video tu beritahu ciri ciri orang kaya hati. :(

So yang aku paham maksud kaya sekarang ialah Tidak menginginkan pada sesuatu kerana dia merasa sudah cukup. Kira bersyukur la dengan apa yang dia ada. Takde la rasa apesal dia lagi kaya dari aku. Apesal dia lagi pandai dari aku. Apesal apesal. Tu maksudnya miskin la tu. haha. sentap sendiri.

Dalam ceramah tu ustaz tu ada sentuh pasal maksud kedekut dengan bakhil. So kita kena tahu maksud sifat sifat mazmumah tu sebab mana tahu sifat tu ada kita kan ? sebab time aku dengar macam ada kat aku. sentap lagi. haha


Kedekut = Orang yang harta dia, orang lain tak boleh sentuh tapi dia boleh sentuh.

Bakhil = Orang yang harta dia, orang lain tak boleh sentuh dan dia pun tak boleh sentuh.

So sekarang kau golongan yang mana? *pandang cermin ye jangan pandang orang lain.


Panjang pulak pengenalan aku. Ni aku cerita balik ye apa ustaz tu ceramah. haha. 

So kenapa aku duk beria nak cerita pasal Abdul Rahman bin Auf tapi tak cerita cerita dari tadi. Salah satu sifat beliau ialah beliau ni jadikan harta sebagai alat bukan matlamat.

Kenapa kita kena jadikan harta tu sebagai alat ? sebab bila harta tu kita jadikan alat, harta tu akan jadi manfaat kat kita. Tapi kalau kita jadikan harta sebagai matlamat, nanti harta tu yang akan jadi mudarat pada kita. Nampak beza disini. Manusia kan sering alpa. Kadang kadang dah bina azam dan tekad nak tolong orang bila senang, tapi bila harta dah banyak kita yang jadi kedekut sebab takut duit habis. Sebab kita rasa duit itu kita yang usaha, kita yang simpan so duit tu kita yang punya. Jangan sampai kita jadi macam qarun dengan hartanya. Takut pulak tengah tengah kumpul harta, harta tu yang akan binasakan kita balik. Tak di dunia, di akhirat. Allah.Takutnya. :(


Abdul Rahman bin Auf ni beliau kumpul harta banyakbanyak, tahu tak apa beliau buat??

Time perang Tabuk beliau membelanjakan 500 ekor kuda perang yang bernilai RM 14.28 juta. Selama ni aku pun taktahu nilai dalam ringgit. Sekali tau. Ya Allah. Beliau ni tak berkira langsung. Bagi memang bukan bagi buat cukup syarat. Tapi tu bagi memang... Taktahu nak describe macam mana. Kau boleh pikir sendiri kan. Oh ye, plus dia bagi 1500 ekor unta yang bernilai RM 10.71 juta. SubhanaAllah. Beliau ni memang ikut perintah Allah. Allah kan perintahkan kita untuk menginfakkan sebahagian harta ke jalan Allah. 

Selain tu, Abdul Rahman bin Auf ni seorang yang sangat sabar. Tu sifat yang paling penting kena ada bila kita berniaga. Tak berniaga pun kena ada sifat sabar sebab orang yang sabar ni jiwa dia subur. Beliau sangat sabar dalam mentaati perintah Allah. Okei semua orang pun tau yang beliau sangat kaya. Kalau orang kaya kan buat apa nak pergi berperang, tapi beliau ni ikut gi perang Uhud. Habis cedera semua dengan gigi patah. Kalau aku la kan, dah kaya mesti aku ingat sedekah je dah cukup pastu tak payah pergi jihad. sentap lagi*


Benda yang mudah yang kita boleh contohi daripada beliau ialah beliau seorang yang mencintai masjid. Beliau suka memakmurkan masjid. Suka pergi masjid. Jom lepas ni rajin rajin pergi masjid, Ni tak sebut masjid pun malas. sentap lagi*


Bila pikir balik kan macam mana Abdul Rahman bin Auf boleh jadi kaya raya. Macam mana dia berniaga kan? Rupa rupanya beliau hanya ambil untung tali unta je. Ya Allah. Nangis lagi. See, bila ikhlas bila jujur Allah tu tolong. Beliau ambik untung tu memang sikit sangat lepastu dari situ je beliau boleh derma berjuta juta kottt.Selain tu, beliau takkan menyeksa pelanggan. Maksudnya takkan buat pelanggan tertunggu tunggu. Beliau juga tak amalkan sistem hutang ye. So jangan berhutang ye. Takde duit buat cara takde duit. Diam diam je macam aku. haha.


Kesimpulannya, So macam mana ni nak jadi pemurah macam Abdul Rahman bin Auf sebab nanti tiba tiba sedekah bebanyak pastu tiba tiba je belanja kawan makan, nanti kang riakkk. nanti kang takburrr. Banyak pulak alasan. haha. Imam Al-Ghazali ada cakap yang untuk mencapai tahap ikhlas ni kita kena lalui penyakit hati. So biar jela tengah tengah sedekah tu tiba tiba ada orang nampak.Pastu kita rasa macam bangga sikit. kekeke. Nanti lama lama ikhlas tu akan datang.InsyaAllah. 


Bila duk pikir pikir kan macam mana kita nak tahu harta atau duit kita ni berkat ke tidak kan. Bila kita rasa ringan nak memberi tu maksudnya berkat la harta kita tu. So sekarang kau dapat tak point aku sekarang? Kalau kau rasa berkira dengan orang tu mari cermin diri sendiri. 


Sebenarnya orang yang memberi tu akan lebih bahagia daripada penerima tau. Nak tau sebab apa? sebab orang yang memberi tu akan rasa 2 kali rasa seronok. Seronok masa nak bagi tu dengan seronok masa dah bagi. Tapi orang penerima ni rasa seronok sekali je. Dah la boleh jadi orang yang penerima tu rasa tak seronok jugak sebab tak dapat apa yang dia nak. Yang aku pernah dengar kan, sedekah yang paling afdal bila kita beri benda yang kita paling sayang. :)




Saturday 3 January 2015

KOMSIS - Konvensyen Mahasiswa Se-Rusia

Assalamualaikum.

Dah lama aku tinggalkan dunia berblog ni. Kalau dulu blog yang aku tulis hanya untuk luahan perasaan aku semata-mata, sekarang aku berharap dengan blog ni aku dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat.InsyaAllah.

Harini aku join komsis. Komsis ni dia kumpulkan semua universiti kat Rusia ni untuk bincangkan pasal mahasiswa. aku join sebab aku rasa aku sendiri taktau siapa aku sebenarnya. mahasiswa ke aku ni? haha. dah la dah tahun ke 3. So aku nak kongsi sikit la apa aku dapat dari konvensyen ni.sebenarnya dia buat 2 hari. tapi aku pergi sehari je. sebab jauh kot. :p

Yang paling aku terkesan pasal mahasiswa ni kena cakna. maksudnye kena peduli dengan semua hal. selama ni (aku cerita pasal diri aku la ek) aku fikir pergi kelas, balik kelas buat homework sikit pastu buat exam sikit pastu cuti. tu je la rutin aku sejak masuk universiti. sebab aku rasa tanggungjawab aku sendiri dah berat.tambah dengan masuk usrah sikit, itu pun kadang kadang meurngut. Ya Allah, :(

Aku malu sangat bila jap lagi orang tanya aku tau tak pasal ekonomi sekarang jadi apa? tau tak politik sekarang ni macam mana? apa peranan aku untuk tolong banjir kat pantai timur? malu gila nak jawab ape. jap lagi kena gelak je. kata belajar kat moscow. tapi tak tau pape. rasa loser sekejap. 

So sekarang untuk overcome masalah mahasiswa yang tak berkualiti macam aku ni, yang kerajaan dah berbelanja beratus ratus ribu ni, aku nak aktif dalam kerja kerja sukarelawan. aku sebenarnnya ada je niat nak berpersatuan semua, nak aktif, tapi aku jenis tak boleh cakap dengan ramai orang nanti aku malu sangat. dia malu sampai aku gigil. jadi aku rasa, aku boleh buat menulis dengan buat kerja senyap senyap je la. :p

Selain tu, insyaAllah aku nak lebih fahamkan course yang aku tengah ambik sekarang, selalu habis exam je aku lupa terus apa aku belajar. rasa rugi sangat. azam tu dah ada,insyaAllah cuba kuatkan tekad untuk buat.

Sebenarnya aku tibe tibe duk serius ni sebab aku takut kot kat akhirat nanti Allah tanya apa yang aku buat dengan masa yang Allah peruntukkan untuk aku time muda ni,oh ye, dengan aku paling takut bab bab duit. sebab aku selalu teringat pasal kisah sahabat Nabi yang sanggup derma harta dia untuk islam. semua kot. sebab Allah. tapi aku kalau sedekah pun mungkin tak sebanyak dengan duit scholar yang aku dapat sebab takut duit habis padahal rezeki tu  Allah dah tetapkan.

InsyaAllah aku cuba jadi mahasiswa yang diredhai Allah. Bukan mahasiswa yang biasa biasa.