Sunday 4 October 2015

Moscow : Avia Park, Metro Polezhaevskaya

Assalamualaikum.
Sebenarnya pagi ahad ni nak pergi cek gigi. Janji pukul 10 pagi dengan doktor. Tapi bangun pukul 9.45. Tapi takpe je sebab klinik gigi dekat je dengan hostel. Tapi tulah, sampai-sampai je nampak doktor tu borak-borak je kat depan klinik. Bila masuk klinik nurse tu cakap yang mesin rosak jadi tak boleh buat harini. Aku pun terus macam malas nak fikir. Sebab dia suruh buat esok, tapi esok aku ada lab sampai petang. Dah la aku kena bangun awal harini. Malam tadi dengar talk Datuk dari IKSIM. Pastu balik tu aku tidur lambat. Lepas bangun subuh aku tidur balik. Pastu kelam kambut nak siap-siap pergi klinik sebab bangun lambat. Pastu pastu tak jadi nak cek harini. :(

So rasa macam tak nak balik sangat bilik. Tapi taktau nak pergi mana sebab awal lagi kan. Banyak shopping complex tak buka lagi. Ingat nak pergi ashan, tapi takde benda pun nak beli. So aku pun terus teringat shopping complex baru bukak dekat metro polezhaevskaya. Terus mesej wani tanya apa nama dia. Google jalan. Pastu terus tunggu bas. Padahal bateri ada 30% je.  Sampai sana je bateri aku dah tinggal 9%. Sebab guna gps kan. Aku tersalah keluar metro. Jadi duk naik turun tangga tak jumpa station bus nak pergi avia park tu. Padahal banyak kali kot bas tu lalu depan aku. Cuma tak tau nak naik bas tu dari mana. 

Lepas nak dekat setengah jam duk naik turun tangga. Aku masuk balik metro pastu keluar ikut kepala. Ada tanda arah nak pergi station bus avia park tu. Aku macam blur betul sampai tak boleh fikir benda senang tu. :p Bas tu free je sebab bas tu memang nk ke avia park. Penuh bas tu sebab harini kan hari ahad. Bas tu warna kuning. Dia ada tulis nak pergi Avia Park. 




ni gambar google. Sebab aku ambik gambar tak cantik. :p

Avia park ni besar. Pastu lagi seronok daripada Vegas. Aku jalan sorang-sorang kot sampai pukul 2. Aku masuk banyak kedai. Nak cakap semua macam tipu je sebab banyak sangat kedai. Aku makan sorang-sorang. Nampak macam lonely, tapi aku happy sangat sebab best gile. hehe. Over sangat. Tapi yang kelakar aku tak beli baju ke ape. Aku masuk OBI beli spray kulat. kekeke. Sebab aku cari seluar tidur tapi takde. Pastu aku minat dari dulu kasut nike high cut yang putih. Tapi harga dia 5490 r. Dahla aku final year. Kat malaysia confirm la tak pakai dah kasut tu. Jadi lupakan jelah. :p  Aku cari selipar bulu-bulu nak pakai kat bilik sebab sekarang kan dah start sejuk. Tapi harga dia 799 r. Aku macam mahalnyaaaaa. hahaha. Tapi lawa sangat sebab selipar tu bentuk bear, siap ada ekor lagi. 

Ni la akuarium tu. Aku tak pandai ambil gambar. Tu yang gambar atas tu curi google je.

Tingkat atas tu banyak food court. Ice skating pun ada kat situ. 

Aku tangkap time otw nak balik. Tangkap laju laju sebab ramai orang, Maluu. hehe

Besarr. Dia ada lebih kurang 4 blok bangunan. Tapi dalam dia bersambung je semua. 

Ni pun aku kena jalan jauh jugak sebab tempat tunggu bas jauh. Pastu aku dah penat dah sebenarnya sebab sesat kat parking lot. hehe. Aku balik tu naik lif. Jadi keluar arah lain. Sampai-sampai sini aku naik escalator. Jadi dia macam hujung-hujung.  


Thursday 24 September 2015

Moscow : Swing at Metro Mayakovskaya

Assalamualaikum.
Semalam dengan harini aku takde kelas. Jadi aku dengan roomate decide nak pergi jalan jalan naik buai. Bila nini ajak pergi naik buai aku ingat buai yang orang gantung kat pokok,kira buai yang kain tu. sekali buai yang kayu tu. haha.
Aku pulak ingat nak pergi shopping complex yang dekat metro polezhaevskaya. Sekali belum siap lagi.  So kiteorang pun pergi makan kat kiev. 

Tempat buai tu dekat metro mayakoskaya. Keluar metro je terus nampak. Lepastu tempat tu macam dataran merdeka bak kata jannah. Metro ni line hijau. 


Ni la metro yakovskaya. Lawa gila. huhu. sebab tu aku ambik gambar. ;p
Sebelah metro ni ada concert hall 
Kat situ ruski(orang rusia) duduk duduk. Ada orang main skateboard depan aku. Ulang alik sampai jatuh jatuh. Aku sedih kot bila tengok orang tu jatuh. :p  Tapi aku tak ambik gambar orang main skateboard sebab takut kena marah dengan orang tu. 

Buai kat situ ada dalam 10 macam tu. Tapi semua penuh. So kalau nak naik kena cepat cepat lari kat buai tu bila ada orang turun. Buai tu besar la jugak sebab muat 3 orang duduk. 
Ni la rupa buai yang nini nak naik sangat ni. Ni la buai yang buat aku loya tu. :p
See. Muat 3 orang naik buai ni. kekeke
Kiteorang makan kat belakang tugu ni. Tugu siapa tak tahu pulak sebab tak tengok nama kat tugu tu.  Diorang makan ayam goreng dengan cinnabon beli kat kiev. Aku tak makan sebab loya kot naik buai. hehe

Aku duduk mengadap bangunan ni. Pastu depan aku budak skateboard ulang alik..hehe
Kiteorang stay sampai mangrib, So nampak la ruski baru balik kerja dengan kereta jem semua. 
Sampai sampai hostel je dah gelap. Tapi ruski still main bola tampar. Biasalah diorang bukan solat maghrib. hehe

Sebenarnya aku nak rajin rajinkan diri berjalan sebab ni final year aku. Rasa macam takkan datang moscow lagi bila dah habis belajar kat sini. hehe. Baik aku kumpul duit pegi haji. Lagipun final year project aku belum start. Plus aku dah lama gila tinggal blog. Rasa kaku bila nak menulis. Tapi aku rasa ni je la yang akan jadi kenangan aku bila dah habis belajar nanti. 


So jangan lupakan doakan aku dengan kawan kawan supaya berjalan dengan cemerlang gemilang untukk final year ni. Bila cakap pasal final year baru sedar yang aku ni sebenarnya dah besar kot. huhu. Nak kena fikir nak kerja ke nak sambung belajar. :)

Tuesday 6 January 2015

Tips buang sifat berkira, kedekut dan bakhil dalam diri

Assalamualaikum.

sebenarnya boleh je nak buat tajuk tips nak jadi pemurah. tapi saja je nak kasi sentap sikit. :p

Haritu aku dengar Al-kulliyah tajuk dia Saya nak jadi Abdul Rahman bin Auf. Kalau nak dengar talk ni sendiri boleh dengar kat SINI.

Aku kaitkan kisah Abd Rahman bin Auf ni dengan tips nak buang sifat berkira, kedekut dan bakhil dalam diri ni sebab aku rasa beliau ni contoh yang paling baik untuk jadi seorang yang pemurah. Sebab siapa yang nak ada sifat mazmumah tu dalam diri kan. Dan bila dah ada contoh, mestilah mudah untuk orang lain pun ikut. Even diri aku sendiri pun, aku bila dah ada orang buat,baru aku rasa nak ikut.


So mari kita kenal kenal dengan salah seorang sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga ni. Bukan suka suka kan Allah tu nak jamin seseorang masuk syurga. Beliau ni orang ke-8 yang masuk islam dan diislamkan oleh Saidina Abu Bakar. Beliau berasal dari Bani Zuraj. Bani Zuraj ni ialah kaum yang mahir dalam bab perniagaan. Rahsia sifat pemurah Abdul Rahman ni ialah beliau faham makna sebenar Kaya Dunia Akhirat.


Dari Abu Hurairah, Nabi bersabda, 

“Kekayaan bukanlah banyak harta benda, akan tetapi kekayaan adalah kekayaan hati.”
 (Hadis riwayat Bukhari Muslim)

Itu Nabi sendiri yang cakap. Selama ni aku duk ingat orang kaya tu yang banyak duitttt.sebab aku suka tengok orang kaya. suka tengok diorang beli apa. suka tengok rumah diorang. rupa rupanya kena kaya hati. Bukan aku nak cakap orang kaya harta tak kaya hati. Tapi kira pointnya sekarang kita kenala kejar untuk kaya hati. InsyaAllah.


Ciri-ciri orang kaya hati :


1. Penuh dengan sifat mahmudah

2. Pemurah
3. Pemaaf
4. Mudahkan jalan orang lain

Sentap sungguh aku bila ustaz dalam video tu beritahu ciri ciri orang kaya hati. :(

So yang aku paham maksud kaya sekarang ialah Tidak menginginkan pada sesuatu kerana dia merasa sudah cukup. Kira bersyukur la dengan apa yang dia ada. Takde la rasa apesal dia lagi kaya dari aku. Apesal dia lagi pandai dari aku. Apesal apesal. Tu maksudnya miskin la tu. haha. sentap sendiri.

Dalam ceramah tu ustaz tu ada sentuh pasal maksud kedekut dengan bakhil. So kita kena tahu maksud sifat sifat mazmumah tu sebab mana tahu sifat tu ada kita kan ? sebab time aku dengar macam ada kat aku. sentap lagi. haha


Kedekut = Orang yang harta dia, orang lain tak boleh sentuh tapi dia boleh sentuh.

Bakhil = Orang yang harta dia, orang lain tak boleh sentuh dan dia pun tak boleh sentuh.

So sekarang kau golongan yang mana? *pandang cermin ye jangan pandang orang lain.


Panjang pulak pengenalan aku. Ni aku cerita balik ye apa ustaz tu ceramah. haha. 

So kenapa aku duk beria nak cerita pasal Abdul Rahman bin Auf tapi tak cerita cerita dari tadi. Salah satu sifat beliau ialah beliau ni jadikan harta sebagai alat bukan matlamat.

Kenapa kita kena jadikan harta tu sebagai alat ? sebab bila harta tu kita jadikan alat, harta tu akan jadi manfaat kat kita. Tapi kalau kita jadikan harta sebagai matlamat, nanti harta tu yang akan jadi mudarat pada kita. Nampak beza disini. Manusia kan sering alpa. Kadang kadang dah bina azam dan tekad nak tolong orang bila senang, tapi bila harta dah banyak kita yang jadi kedekut sebab takut duit habis. Sebab kita rasa duit itu kita yang usaha, kita yang simpan so duit tu kita yang punya. Jangan sampai kita jadi macam qarun dengan hartanya. Takut pulak tengah tengah kumpul harta, harta tu yang akan binasakan kita balik. Tak di dunia, di akhirat. Allah.Takutnya. :(


Abdul Rahman bin Auf ni beliau kumpul harta banyakbanyak, tahu tak apa beliau buat??

Time perang Tabuk beliau membelanjakan 500 ekor kuda perang yang bernilai RM 14.28 juta. Selama ni aku pun taktahu nilai dalam ringgit. Sekali tau. Ya Allah. Beliau ni tak berkira langsung. Bagi memang bukan bagi buat cukup syarat. Tapi tu bagi memang... Taktahu nak describe macam mana. Kau boleh pikir sendiri kan. Oh ye, plus dia bagi 1500 ekor unta yang bernilai RM 10.71 juta. SubhanaAllah. Beliau ni memang ikut perintah Allah. Allah kan perintahkan kita untuk menginfakkan sebahagian harta ke jalan Allah. 

Selain tu, Abdul Rahman bin Auf ni seorang yang sangat sabar. Tu sifat yang paling penting kena ada bila kita berniaga. Tak berniaga pun kena ada sifat sabar sebab orang yang sabar ni jiwa dia subur. Beliau sangat sabar dalam mentaati perintah Allah. Okei semua orang pun tau yang beliau sangat kaya. Kalau orang kaya kan buat apa nak pergi berperang, tapi beliau ni ikut gi perang Uhud. Habis cedera semua dengan gigi patah. Kalau aku la kan, dah kaya mesti aku ingat sedekah je dah cukup pastu tak payah pergi jihad. sentap lagi*


Benda yang mudah yang kita boleh contohi daripada beliau ialah beliau seorang yang mencintai masjid. Beliau suka memakmurkan masjid. Suka pergi masjid. Jom lepas ni rajin rajin pergi masjid, Ni tak sebut masjid pun malas. sentap lagi*


Bila pikir balik kan macam mana Abdul Rahman bin Auf boleh jadi kaya raya. Macam mana dia berniaga kan? Rupa rupanya beliau hanya ambil untung tali unta je. Ya Allah. Nangis lagi. See, bila ikhlas bila jujur Allah tu tolong. Beliau ambik untung tu memang sikit sangat lepastu dari situ je beliau boleh derma berjuta juta kottt.Selain tu, beliau takkan menyeksa pelanggan. Maksudnya takkan buat pelanggan tertunggu tunggu. Beliau juga tak amalkan sistem hutang ye. So jangan berhutang ye. Takde duit buat cara takde duit. Diam diam je macam aku. haha.


Kesimpulannya, So macam mana ni nak jadi pemurah macam Abdul Rahman bin Auf sebab nanti tiba tiba sedekah bebanyak pastu tiba tiba je belanja kawan makan, nanti kang riakkk. nanti kang takburrr. Banyak pulak alasan. haha. Imam Al-Ghazali ada cakap yang untuk mencapai tahap ikhlas ni kita kena lalui penyakit hati. So biar jela tengah tengah sedekah tu tiba tiba ada orang nampak.Pastu kita rasa macam bangga sikit. kekeke. Nanti lama lama ikhlas tu akan datang.InsyaAllah. 


Bila duk pikir pikir kan macam mana kita nak tahu harta atau duit kita ni berkat ke tidak kan. Bila kita rasa ringan nak memberi tu maksudnya berkat la harta kita tu. So sekarang kau dapat tak point aku sekarang? Kalau kau rasa berkira dengan orang tu mari cermin diri sendiri. 


Sebenarnya orang yang memberi tu akan lebih bahagia daripada penerima tau. Nak tau sebab apa? sebab orang yang memberi tu akan rasa 2 kali rasa seronok. Seronok masa nak bagi tu dengan seronok masa dah bagi. Tapi orang penerima ni rasa seronok sekali je. Dah la boleh jadi orang yang penerima tu rasa tak seronok jugak sebab tak dapat apa yang dia nak. Yang aku pernah dengar kan, sedekah yang paling afdal bila kita beri benda yang kita paling sayang. :)




Saturday 3 January 2015

KOMSIS - Konvensyen Mahasiswa Se-Rusia

Assalamualaikum.

Dah lama aku tinggalkan dunia berblog ni. Kalau dulu blog yang aku tulis hanya untuk luahan perasaan aku semata-mata, sekarang aku berharap dengan blog ni aku dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat.InsyaAllah.

Harini aku join komsis. Komsis ni dia kumpulkan semua universiti kat Rusia ni untuk bincangkan pasal mahasiswa. aku join sebab aku rasa aku sendiri taktau siapa aku sebenarnya. mahasiswa ke aku ni? haha. dah la dah tahun ke 3. So aku nak kongsi sikit la apa aku dapat dari konvensyen ni.sebenarnya dia buat 2 hari. tapi aku pergi sehari je. sebab jauh kot. :p

Yang paling aku terkesan pasal mahasiswa ni kena cakna. maksudnye kena peduli dengan semua hal. selama ni (aku cerita pasal diri aku la ek) aku fikir pergi kelas, balik kelas buat homework sikit pastu buat exam sikit pastu cuti. tu je la rutin aku sejak masuk universiti. sebab aku rasa tanggungjawab aku sendiri dah berat.tambah dengan masuk usrah sikit, itu pun kadang kadang meurngut. Ya Allah, :(

Aku malu sangat bila jap lagi orang tanya aku tau tak pasal ekonomi sekarang jadi apa? tau tak politik sekarang ni macam mana? apa peranan aku untuk tolong banjir kat pantai timur? malu gila nak jawab ape. jap lagi kena gelak je. kata belajar kat moscow. tapi tak tau pape. rasa loser sekejap. 

So sekarang untuk overcome masalah mahasiswa yang tak berkualiti macam aku ni, yang kerajaan dah berbelanja beratus ratus ribu ni, aku nak aktif dalam kerja kerja sukarelawan. aku sebenarnnya ada je niat nak berpersatuan semua, nak aktif, tapi aku jenis tak boleh cakap dengan ramai orang nanti aku malu sangat. dia malu sampai aku gigil. jadi aku rasa, aku boleh buat menulis dengan buat kerja senyap senyap je la. :p

Selain tu, insyaAllah aku nak lebih fahamkan course yang aku tengah ambik sekarang, selalu habis exam je aku lupa terus apa aku belajar. rasa rugi sangat. azam tu dah ada,insyaAllah cuba kuatkan tekad untuk buat.

Sebenarnya aku tibe tibe duk serius ni sebab aku takut kot kat akhirat nanti Allah tanya apa yang aku buat dengan masa yang Allah peruntukkan untuk aku time muda ni,oh ye, dengan aku paling takut bab bab duit. sebab aku selalu teringat pasal kisah sahabat Nabi yang sanggup derma harta dia untuk islam. semua kot. sebab Allah. tapi aku kalau sedekah pun mungkin tak sebanyak dengan duit scholar yang aku dapat sebab takut duit habis padahal rezeki tu  Allah dah tetapkan.

InsyaAllah aku cuba jadi mahasiswa yang diredhai Allah. Bukan mahasiswa yang biasa biasa.