Saturday 3 January 2015

KOMSIS - Konvensyen Mahasiswa Se-Rusia

Assalamualaikum.

Dah lama aku tinggalkan dunia berblog ni. Kalau dulu blog yang aku tulis hanya untuk luahan perasaan aku semata-mata, sekarang aku berharap dengan blog ni aku dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat.InsyaAllah.

Harini aku join komsis. Komsis ni dia kumpulkan semua universiti kat Rusia ni untuk bincangkan pasal mahasiswa. aku join sebab aku rasa aku sendiri taktau siapa aku sebenarnya. mahasiswa ke aku ni? haha. dah la dah tahun ke 3. So aku nak kongsi sikit la apa aku dapat dari konvensyen ni.sebenarnya dia buat 2 hari. tapi aku pergi sehari je. sebab jauh kot. :p

Yang paling aku terkesan pasal mahasiswa ni kena cakna. maksudnye kena peduli dengan semua hal. selama ni (aku cerita pasal diri aku la ek) aku fikir pergi kelas, balik kelas buat homework sikit pastu buat exam sikit pastu cuti. tu je la rutin aku sejak masuk universiti. sebab aku rasa tanggungjawab aku sendiri dah berat.tambah dengan masuk usrah sikit, itu pun kadang kadang meurngut. Ya Allah, :(

Aku malu sangat bila jap lagi orang tanya aku tau tak pasal ekonomi sekarang jadi apa? tau tak politik sekarang ni macam mana? apa peranan aku untuk tolong banjir kat pantai timur? malu gila nak jawab ape. jap lagi kena gelak je. kata belajar kat moscow. tapi tak tau pape. rasa loser sekejap. 

So sekarang untuk overcome masalah mahasiswa yang tak berkualiti macam aku ni, yang kerajaan dah berbelanja beratus ratus ribu ni, aku nak aktif dalam kerja kerja sukarelawan. aku sebenarnnya ada je niat nak berpersatuan semua, nak aktif, tapi aku jenis tak boleh cakap dengan ramai orang nanti aku malu sangat. dia malu sampai aku gigil. jadi aku rasa, aku boleh buat menulis dengan buat kerja senyap senyap je la. :p

Selain tu, insyaAllah aku nak lebih fahamkan course yang aku tengah ambik sekarang, selalu habis exam je aku lupa terus apa aku belajar. rasa rugi sangat. azam tu dah ada,insyaAllah cuba kuatkan tekad untuk buat.

Sebenarnya aku tibe tibe duk serius ni sebab aku takut kot kat akhirat nanti Allah tanya apa yang aku buat dengan masa yang Allah peruntukkan untuk aku time muda ni,oh ye, dengan aku paling takut bab bab duit. sebab aku selalu teringat pasal kisah sahabat Nabi yang sanggup derma harta dia untuk islam. semua kot. sebab Allah. tapi aku kalau sedekah pun mungkin tak sebanyak dengan duit scholar yang aku dapat sebab takut duit habis padahal rezeki tu  Allah dah tetapkan.

InsyaAllah aku cuba jadi mahasiswa yang diredhai Allah. Bukan mahasiswa yang biasa biasa. 

No comments:

Post a Comment